BILA ALLAH MENDUGA KITA….

Pernahkah anda menghadapi masalah dalam hidup? Sudah tentu pernah bukan? Tiada seorang pun yang terkecuali dari menghadapi masalah dalam hidupnya. Allah s.w.t sering kali menguji hambanya dengan pelbagai ujian samaada ringan ataupun berat, ia tetap dinamakan ujian. Jangan kita ingat ujian daripada Allah s.w.t hanya ketika susah, boleh jadi ujian juga hadir dalam bentuk kesenangan. Kesenangan juga merupakan ujian.

Kadangkala ujian yang datang kepada kita begitu memeranjatkan seperti gempa bumi & ribut taufan. Ujian tersebut memberi pukulan yang hebat kepada kita & membuatkan kedudukan kita menjadi goyah. Kadang kadang kita mengeluh… Ya Allah… mengapa ujian yang sebegini berat kau timpakan kepadaku?????? Apakah puncanya?????? Apa salahku padamu ya Allah????? Aku malu pada manusia lain dengan ujian yang kau timpakan kepadaku ya Allah…. Aku tidak mahu hidup lagi Ya Allah….. INGAT rakan rakan, rupanya keluhan yang sentiasa ditipkan di bibir kita bertepatan dengan FIRMAN ALLAH S.W.T

إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا

“ sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah & apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut”.(al-Ma’arij: 19-21)

Rakan rakan, sekiranya dengan sindiranNya kita tidak merasa malu, maka pada sindiran siapa lagi kita patut malu?
Kita sering mempersoalkan kelakuan Allah S.W.T ke atas kita. Mengapa Allah tidak menetapkan yang baik baik atas diri kita? Mengapa Allah S.W.T menimpakan sesuatu yang tidak menyenangkan seperti ini? Seolah kita akan membawa kesnya ke pengadilan dan mahu menuntut keadilan dihadapan seorang hakim, padahal Allah S.W.T adalah hakim yang paling adil.

Firman Allah S.W.T
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ

“bukankah Allah S.W.T adalah hakim sebaik baiknya? (paling adil)” (At-Tin: 8)

Rakan rakan seperjuangan sekalian….

Pernahkah anda mendengar seorang anak kecil membantah keputusan orang tuanya? Orang tuanya memaksa dia makan ubat yang sangat pahit demi untuk menyembuhkan si anak yang sedang sakit. Tetapi si anak menangis dan marah-marah. “ibu jahat” “ibu jahat” pekiknya marah sambil menangis. Pada pendapat anda, adakah si ibu benar-benar jahat atau si ibu sedang bertungkus –lumus berusaha untuk kebaikan anak itu? Ya, saya yakin, si ibu sama sekali tidak berbuat jahat pada si anak, malah dia hendak menyembuhkan anaknya dari penyakit yang merbahaya. Jadi kenapa pula anak itu menangis dan marah-marah? Mengapa dia menuduh ibunya berlaku tidak baik padanya? Ya, saya percaya jawapan kita kali ini sama, kerana anak itu masih kecil dan belum mengerti.

Kemampuan berfikir dan ilmu yang dimiliki si anak belum mampu menjadikannya memahami hakikat dari tindakan si ibu, sehingga kebaikan dilihat sebagai keburukan. Kelak, jika si anak dewasa, dia pasti memahami dan tidak lagi menyatakan bantahan. Semua kesakitan dan penderitaan adalah untuk kebaikan anak itu. Walupun menangis dan meronta minta dilepaskan, dia tetap akan disuntik dengan jarum suntikan. Kebaikan kadangkala terasa menyakitkan. Kini perhatikanlah keadaan kita seharian. Hitunglah keluhan-keluhan serta nada bantahan kita terhadapnya. Tidakkah kita akan dilihat seperti seorang anak kecil? Tidakkah kita merasa malu dengan keadaan diri kita yang seperti itu? Allah maha mengetahui dan pengetahuannya tidak boleh dibandingkan dengan doktor atau ahli nujum sekalipun.

Sebelum akhirnya…

Mari kita lihat bagaimana ujian yang Allah timpakan kepada Nabi Yusuf Alaihissalam. Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosanya, sehingga Yusuf di penjara. Yusuf Alaihissalam tahu Allah sedang berbicara dengannya, kata Yusuf:

“Ya Allah, jika kehidupan penjara itu lebih baik kepadaku dari kehidupan dunia luar,
aku lebih rela hidup di penjara, tapi dekat denganmu ya allah,
daripada aku hidup dengan manusia durjana di luar sana”.

Rakan rakan.. sebagai seorang hamba, kita sepatutnya redho dengan segala macam ujian yang Allah timpakan kepada kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Firman Allah:
لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Al-Baqarah:286

Mari sama-sama kita muhasabah diri kita sebelum diri dihisab didepan Allah s.w.t