CORAT-CORET PANAS MINGGU SILATURRAHIM 3

Salam Hormat saya tujukan pada mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah sekalian.

Alhamdulillah,MSR pada kali ini tidak begitu susah untuk dilaksanakan kerana jumlah penerimaan adalah sebanyak 385 orang sahaja tetapi,muncul juga karenah pihak pentadbiran Insaniah yang campur tangan banyak dalam MSR kali ini..


Antaranya,pihak pentadbiran telah mengusulkan agar urusetia dan fasilitator dikurangkan dari jumlah asalnya sebanyak 165 orang ke 80 orang sahaja kerana alasannya adalah jumlah penerimaan pelajar baru sebanyak 400 orang berbanding target permulaan sebanyak 800 orang.


Permasalahannya di sini adalah suara pihak pentadbiran yang lidah bercabang ini merosakkan gerak kerja para urusetia-urusetia yang terlibat.


Penyelesainnya,satu provokasi terhormat telah diadakan pada malam 19 Disember 2010 untuk mempertahankan 165 urusetia dan fasilitator ini daripada disingkirkan..


Persoalannya,alasan pentadbiran mengatakan penyingkiran ini perlu dilakukan adalah kerana bajet makanan yang tidak mencukupi serta jumlah cenderahati baju MSR untuk urusetia dan fasilitator mengganggu urusan audit kewangan insaniah merupakan alasan yang tidak relevan.Ini adalah kerana,audit adalah merekod urusan keluar-masuk wang tersebut dan ke mana wang itu digunakan.Jika wang yang digunakan tersebut untuk urusetia dan fasilitator yang bekerja demi melihat MSR kali ini terbaik dan pengisiannya dapat diterima oleh pelajar baru,rasanya tidak perlu disingkirkan.

Persoalannya lagi,pihak pentadbiran mengkehendaki agar pengisian yang terbaik diterima oleh pelajar baru,tapi adakah penyingkiran urusetia dan fasilitator ini adalah penyelesaian yang terbaik???

Fikir-fikirkan lah mahasiswa/wi sekalian...

Kemudian,antara isu yang muncul iaitu dikhabarkan ucapan saya selaku Presiden MPM di waktu Majlis Lafaz Ikrar dan Penutupan MSR sesi ini dibatalkan...
Makluman ini diberitahu oleh saudara Syamsul Amri selaku Ketua Unit Protokol dan Sambutan MSR kerana tentatif hari tersebut disusun oleh Unit Protokol.

Persoalannya,kenapakah dibatalkan ucapan saya kerana saya mewakili para pelajar semperna penutupan MSR?

Alasan yang diberikan adalah ini majlis pentadbiran..


Secara pendapat peribadi,ini adalah rencana untuk menjatuhkan MPM sesi ini yang mana MPM sesi ini lebih kepada kebajikan mahasiswa/wi...

Persoalannaya,dimanakah ketelusan pentadbiran dalam kerjasama yang di war-warkan dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa???

Jika dikatakan ini majlis pentadbiran,kenapa kami yang kena bertungkus lumus untuk pentadbiran?..sedangkan kami adalah pelajar..bukan pekerja...



Tidak sedarkah mahasiswa/wi sekalian,setiap hari kita ditindas oleh pentadbiran???
Tidak sedarkah kita diperhambakan dan diperkudakan oleh pentadbiran dengan begitu hebat???

Ayuh mahasiswa/wi sekalian,

Melangkah lah bersama-sama kami demi menyuarakan hak kita semua kerana kita bukan hamba yang boleh sesuka hati disuruh oleh pentadbiran,tetapi kita adalah mahasiswa/wi yang celik solidariti dan kita ada deklarasi kita sendiri dalam bekerjasama dengan pentadbiran...

Akhir kata,Salam Perjuangan dan Salam Kebajikan pada semua...